Thursday, 29 August 2013

Bab 28



BAB 28

            Sampai sahaja di perkarangan sekolah, ramai yang sudah ada. Sebaik mereka turun dari kereta, semua mata memandang dan terukir sengihan di bibir masing-masing. 

Wednesday, 28 August 2013

Bab 27


BAB 27

            Hidup Dayana diduga lagi. Hari pertama berlangsungnya peperiksaan SPM, dia diserang demam panas. Berbekalkan semangat yang kuat, digagahkan juga dirinya untuk menduduki juga peperiksaan yang akan menjadi penentu masa depannya.

Monday, 26 August 2013

Bab 26



BAB 26

Sesi latihan untuk sketsa tingkatan empat dimulakan seperti yang dirancang. Masing-masing terpegun dengan kebolehan Dayana, menyanyi. Suara merdunya memukau semua yang ada di situ.

Bab 25


BAB 25

“Mak long nak minta maaf pada korang berdua. Banyak salah mak long pada mak ko. Mak long menyesal sangat-sangat.” Dayana dan Liana saling berpandangan. 

Bab 24



BAB 24

            “Kenapa tak tunggu pak uda datang jemput korang? Berani kau balik naik bas. Risau pak uda tau. Nasib baik tak jadi apa-apa dalam perjalanan tadi. Adik, adik...” leter Zakaria. Macam manalah dia tidak marah, berani betul Dayana membuat keputusan sendiri. Terkejut dia yang kebetulan berada di rumah emaknya, melihat kedua-dua gadis itu sedang berjalan masuk ke laman. Berderau darahnya sebaik mengetahui mereka berdua menaiki bas awam ke mari. Padahal, dia memang mahu menjemput mereka.

Wednesday, 21 August 2013

Bab 23



BAB 23

“Bangun semua! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu…” laung Hanim selaku ketua kelas yang berjantinakan seorang perempuan. Tidak habis lagi rasa kekaguman Dayana dengan Hanim. Gamat suara mereka mengucapkan salam.

Tuesday, 20 August 2013

Bab 22


BAB 22

Sudah dua minggu mereka menjadi penghuni di rumah kebajikan itu. Tidak sedar begitu pantas masa berlalu meninggalkan mereka yang sibuk menyesuaikan diri di sini. Masih tercari-cari rentak untuk menjadikan diri mereka sebahagian dari mereka di sini. Mereka berdua sahaja yang datang dari bandar. Kebanyakkan penghuni di sini datang dari kawasan sekitar dan kampung yang bersebelahan.