Monday 26 August 2013

Bab 24



BAB 24

            Kenapa tak tunggu pak uda datang jemput korang? Berani kau balik naik bas. Risau pak uda tau. Nasib baik tak jadi apa-apa dalam perjalanan tadi. Adik, adik...” leter Zakaria. Macam manalah dia tidak marah, berani betul Dayana membuat keputusan sendiri. Terkejut dia yang kebetulan berada di rumah emaknya, melihat kedua-dua gadis itu sedang berjalan masuk ke laman. Berderau darahnya sebaik mengetahui mereka berdua menaiki bas awam ke mari. Padahal, dia memang mahu menjemput mereka.

“Maaflah pak uda. Adik tak nak susahkan pak uda. Lagipun, pihak asrama ada bagi tambang kat kami. Adik nak belajar berdikari. Bukan susah sangat pun. Bas yang nak ke sini kebetulan lalu depan asrama. Sebab tu adik berani buat keputusan macam ni. Maaflah kalau buat semua orang susah hati.” balas Dayana. Salahkah dia mahu belajar hidup berdikari. Sampai bila dia mahu harapkan orang lain?

“Kau kalau bab menjawab balik memang pandai. Bukan apa, korang tu muda lagi. Buatnya orang culik ke apa ke, tak ke susah? Lain kali jangan buat lagi. Kalau nak jadi berani sangat, tunggu bila kau dah besar.” Zakaria menyambung leterannya.

“Tapi pak uda...” kata-kata Dayana dicelah,

“Sudahlah dik. Kalau dah pak uda kata tu, ikut jelah. Tak payah nak bertekak. Kau jangan buat macam ni lagi, mak uda tak suka. Jangan nak ikut kepala kau je. Kalau jadi apa-apa kat Liana tadi macam mana?” Salmah menyampuk. Dia sebenarnya bengang dengan perangai Dayana. Suka-suka sahaja membuat keputusan sendiri.

“Adik minta maaf. Adik masuk bilik dululah.” Balas Dayana. Laju dia mengatur langkah, mahu menghilangkan diri dari pandangan mereka yang ada di situ. Dia tahu, Liana hanya akan mendiamkan diri tanpa mahu mempertahankannya. Entahlah, Dayana benar-benar sedih. Sikapnya yang tidak mahu menyusahkah sesiapa, memakan dirinya kembali. Dia benar-benar rasa sebal.




Liana membelek baju yang terletak elok di tubuhnya yang telah siap dijahit oleh Dayana. Begitu bertungkus-lumus dia melihat Dayana menyudahkan jahitannya yang memakan masa selama hampir dua hari itu. Sempat juga adik kembarnya menyiapkan baju mereka.

“Wah, cantiklah baju ni dik. Lebih kurang macam yang mak jahit je.  Aku…aku...” tidak dapat Liana menghabiskan ayatnya. Dia terduduk di birai katil, menangis. Dayana pun apa lagi, tumpang sekakilah. 

Baju emaknya juga sempat dijahit kini elok tergantung di dinding bilik itu, direnung. Lama Dayana merenungnya. Kalaulah emaknya dapat memakai baju itu... Air matanya bercucucuran jatuh. Rindu kepada emak sudah tidak tertanggung rasanya. Liana melentokan kepala ke bahu Dayana. Dia juga turut teresak-esak menangis.

‘Mak,’ panggilan itu hanya tersekat di kerongkongnya.

“Lah, kat sini rupanya korang berdua. Dah jom, kita nak ke kubur ni. Jomlah lekas, atuk panggil makan. Mari!” ajak Iman. Terpacul wajahnya di muka pintu bilik itu. 

Lebih buat Dayana tersentak, selamba badak air sahaja lelaki itu menarik tangannya. Dayana merentap selembut mungkin tangannya dari genggaman lelaki itu. Liana kelihatan agak tergamam dengan aksi tadi namun cuba berlagak tenang. 

‘Dia ni memang selalu macam ni kak kalau kau nak tahu.’ Bisik hati kecil Dayana sebaik melihat muka cemberut kembarnya itu. Bingkas dia bangun meninggalkan Iman dengan Liana. Malas dia mahu melayan mamat ulat bulu itu.

“Amboi cucu atuk ni, cantiknya. Boleh tahan juga ko jahit baju tu dik.”  Zainab memuji cucunya, Liana. 

‘Hai atuk, aku yang dari tadi ada kat sini tak dipujinya. Yalah, kan kakak aku memang cantik. Memang patut dia mendapat pujian itu.’ Keluh Dayana sedirian. 

Liana mempamerkan senyum simpulnya yang manis. Siapa tak ‘kembang’ kalau kena puji, kan? Memang Liana kelihatan manis sekali, menggayakan baju kurung Kedah yang mengikut potongan badan.

“Tengoklah siapa yang jahit atuk. Kalau macam ni punya gaya jahit, dah boleh kahwin, kan atuk?” tiba-tiba Iman bersuara. 

Dayana mengecilkan matanya memandang Iman yang membalas dengan kenyitan mata. Dia mencebikan mulutnya.

‘Dah mula dah ulat bulu ni.’ Rungut Dayana. 

“Orang muda lagilah. Agak-agaklah Abang Iman kalau nak cadangkan orang kahwin.” Balas Dayana geram. Tanpa banyak soal dia terus sahaja menarik tangan Liana. 

Mereka melangkah ke luar, mahu bergerak ke pusara emak mereka yang terletak tidak jauh dari rumah atuk. Dayana bengang! Kenapa perlu mamat sengal @ ulat bulu itu pun mahu ikut sama? Sibuk sahaja. Padahal tahun ini giliran rumah Tok Said, ayah kepada mak udanya. Menyemak sahaja sepupunya itu. Bila difikirkan kembali, atuknya, atuk lelaki itu juga.  

Malas Dayana mahu ambil pusing lagi. Suasana raya tahun ini ternyata suram dan hambar. Benarlah kata orang, kesan kehilangan seorang ayah tidaklah sehebat jika kita kehilangan emak. Semasa permergian ayah tidak begitu terasa kerana emak selalu mengisinya tetapi kehilangan emak benar-benar mengosongkan ruangan yang ada. 

Tiga bersaudara itu sedang mencangkung di sisi pusara Zakiah. Ligat tangan mereka bertiga mencabut rumput dan membersihkan pusara itu. Dayana meniup debu-debu halus yang menutupi batu nisan yang terpacak elok di pusara emaknya. Berair matanya saat melihat tulisan jawi yang tertera. Liana membentangkan tikar mengkuang setelah selesai membersihkan kuburan itu. Elok sahaja mereka bersila di atasnya sedang di tangan masing-masing memegang surah Yassin. Bergema suasana ketika itu dengan alunan bacaan dari mereka bertiga.

“Mak, adik dengan kakak datang ni. Tengok, baju yang kami pakai ni. Baju yang mak beli untuk kami. Kan mak nak sangat pakai baju sama tahun ni. Baju mak, adik sangkut kat dinding rumah atuk.” Sebak nada Dayana saat itu. Laju air matanya turun membasahi pipi gebunya. Liana hanya menundukkan wajah sambil air matanya juga bercucuran. Banyak lagi yang ingin Dayana beritahu pada emaknya. Terhinggut-hinggut bahu menahan esakan tangisnya. Dayana tenggelam seketika dalam kejerlusan kesedihannya sendiri.

Ada air jernih di kolam mata Iman pantas dia menyeka dengan jari telunjuknya. Dia sebak melihat kesedihan Dayana, sangat meruntun jiwanya. Betapa lambatnya gadis itu mahu dewasa. Jika masa boleh dilaraskan dengan laju, gadis itu akan dimilikinya. Sayang dan cintanya terhadap Dayana kian mekar. Tidak pernah sesaat dia melupakan gadis itu. Setiap kali selepas solat, dia berdoa moga bercantum jodohnya dengan Dayana satu hari nanti. Hanya kesabaran yang dia perlukan untuk itu.




Suasana raya yang diselubungi kesedihan. Di mana-mana Dayana terlihat bayangan emaknya, hatinya terasa begitu hiba. Dia juga rasa sesak di dalam rumah atuknya dengan kehadiran Iman. Dayana sedikit hairan dengan mak longnya yang tiba-tiba menjadi ramah pula? Lama pula dia bertandang ke rumah atuk kali ini. Selalunya, jangan haraplah. Perangainya tidak lagi ‘keras’ seperti sebelum ini. Sudah mendapat hidayahkah mak longnya itu? Entah apalah agaknya yang menyebabkan mak longnya berubah hingga baik begitu. Janggal pula Dayana rasakan. 

“Korang tak teringin ke nak beraya kat rumah mak long? Datanglah, tak pernah korang jejak ke rumah mak long tu. Nanti petang, mak long suruh Abang Eddy bawa korang ke sana. Nak tak?” soal Zaleha.

‘Fuh, lembut gila suara mak long aku ni.’ Terdetik ayat itu di hati Dayana. 

Dia yang sedang meneguk air sirap dengan secara tidak sengaja tersembur air yang diminum itu ke arah Iman yang duduk di hadapannya. Semua tergamam! Terkebil-kebil mata lelaki itu menatapnya. Bukan kerana ajakan mak long yang membuatkan dia bertindak begitu. Sebenarnya, Dayana terasa seperti ada sesuatu yang sedang menggesel di kakinya. Pantas dia melihat ke bawah meja. Memang sah! Kaki mamat ulat bulu itu yang sedang membuat onar. Dia kembali memandang wajah Iman. Terkulat-kulat muka lelaki itu. Padan muka! Nasib baik bukan air panas yang  diminumnya tadi, kalau tidak...

 “Ya Allah adik! Kot ya pun kau terkejut dengan ajakan mak abang tu, janganlah melampau sangat. Tahulah mak abang dah jadi baik sekarang. Kesian kau Iman. Tak pasal-pasal mandi dengan air sirap. Nasib baik bukan abang yang duduk depan adik tadi. Nasib kaulah Iman… hahaha,” selesai sahaja menuturkannya, Zuraidi menghamburkan gelak yang sangat besar sehingga berair kedua mata. 

Semua yang berada di situ turut sama tertawa hingga menekan perut masing-masing menggelakkan Iman. Dayana hanya tersenyum, senyum kepuasan. Iman pula masih boleh lagi tersengih macam kerang busuk sambil menggaru kepalanya. Sempat lagi dikenyitkan matanya kepada Dayana. Dayana terkedu. 

Ceh, sempat lagi nak menggatal. Cucuk mata tu karang,’ rungutnya. Matanya dikecilkan.

“Meh Liana tolong. Apalah kau ni dik? Naya abang Iman tau tak?” marah Liana. Dayana mejuihkan bibir ke arah lelaki mamat ulat bulu itu. 

‘Kalaulah korang tahu kenapa tersemburnya air tu kat muka dia, tak tahulah apa mak uda buat kat dia nanti. Silap-silap, kena pelangkunglah jawabnya mamat ulat bulu tu.’ Gumam Dayana. 

Liana mengambil sehelai tuala bersih dengan ayunya dia mengelap muka Iman. Kali ini, mamat ulat bulu itu mengukir senyuman manis pula kepada Dayana. 

Uwek, nak muntah aku tengok ulat bulu ni. Kenapalah perlu dia ada di sini?’ Dayana menjelirkan lidahnya. Tahap kebengangannya hampir ke kemuncak.

“Alah, janganlah marah adik. Dia bukan sengaja pun. Kan sayang?” Amboi bersayang-sayang pula Iman. Mata Dayana membulat.

“Ha ah, adik bukannya sengaja pun. Kalau sengaja bukan setakat sembur dengan mulut tapi terus sembur dengan air paip je. Barulah betul sengaja, kan Abang Iman?” sengaja Dayana memerli lelaki itu. Ketawa lelaki itu meletus. Dayana menjulingkan matanya ke atas. 

‘Aku serius, dia main-main pula.’ Getus Dayana yang jengkel dengan gelagat Iman. Sudah mereng agaknya mamat ulat bulu tu? 

Riuh rendah suasana dalam rumah itu dengan gelak tawa dari mereka yang lain sedang Dayana pula hanya menahan geram di dalam hati. Balik-balik, dia juga yang kena. Dayana tidak perasan, ada insan yang kurang senang dengan suasana itu.

Salmah menjegilkan mata sebaik mendekati anak bujangnya itu. Bukan dia tidak nampak bagaimana kaki anak bertuahnya itu merayap di kaki Dayana. Geram sungguh dia dengan kerenah merenyam anaknya itu. Sudah lama dia perhatikan kelainan layanan Iman terhadap anak saudaranya yang seorang itu. Salmah hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Dia sudah merancang ingin menjodohkan anak bujangnya itu dengan Lily Hasliana. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menjauhkan anaknya dengan Lily Dayana.



No comments: