Wednesday 21 August 2013

Bab 23



BAB 23

Bangun semua! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu…” laung Hanim selaku ketua kelas yang berjantinakan seorang perempuan. Tidak habis lagi rasa kekaguman Dayana dengan Hanim. Gamat suara mereka mengucapkan salam.

“Waalaikumussalam dan selamat sejahtera Rathi, Ramesh. Baiklah, kamu semua boleh duduk. Hari ini, saya akan edarkan keputusan ujian PEKA yang lepas. Hanim, sila edarkan buku penyata ni pada semua.” Pinta Wahid. 

Hanim bingkas bangun mendapatkan guru kelasnya dan mengambil buku penyata yang dihulurkan. Dia kemudiannya mula mengedarkan buku tersebut mengikut nama masing-masing. Sebaik sahaja buku penyata kepunyaan Dayana sampai di tangannya, dia lantas membukanya. 

Subhanallah!’ Ucap Dayana lalu meraup mukanya. 

Panjang leher Rathi mengintai buku penyata milik Dayana. Besar matanya sebaik terpandang nombor-nombor yang tertera di dalamnya.

 “Wow! Kau biar betul Yana.” Kata Rathi dengan nada agak kuat. Dayana pun apa lagi,

“Opocot mak kau!” Latahnya. 

Hingga tercampak olehnya buku penyata itu. Terasa haba panas menyerbu wajahnya. Lantas, dia menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Mana tidaknya, satu kelas sedang memerhatikannya tanpa berkelip mata. Tak lama pun kerana hiruk-pikuk kelasnya selepas itu dengan bunyi hamburan tawa dari rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi Ramesh, terbahak-bahak mengetawakan Dayana manakala Ammar pula dengan gaya tenangnya yang tidak habis-habis itu hanya tersenyum memandang Dayana. Dayana membetulkan kaca matanya yang terlorot sedikit itu. Cuba menutup rasa malu yang sedang melanda dirinya dan cuba berlagak tenang. Rathi yang sedang menyengih, dijelingnya. 

“Apa hal tu Yana, Rathi? Sampai melatah dibuatnya. Macam-macamlah kamu berdua ni.” Soal Wahid. 

 “Tak ada apa-apa cikgu.” Akhirnya Dayana bersuara juga. Sekali lagi dia memandang Rathi yang kali ini menggaru kepalanya pula.

“Banyak sangat ke kelemumur kat kepala kau tu Rathi? Sekeh karang baru tau!” Gumam Dayana. Dia menghela nafas.

“Maaflah Yana. Mana aku tahu kau ada penyakit latah.” Kata Rathi tergagak-agak. 

Dayana hanya berdehem sahaja. Nak buat macam mana perkara sudah terjadi. Dayana menarik nafas dalam-dalam, beristighfar dalam hati. Cuba meredakan api kemarahan yang mahu merebak. Marah itu adalah amalan syaitan.

 “Tahniah kepada semua. Walaupun ada keputusan yang saya kira kurang memuaskan, saya harap anda cuba lagi nanti. Saya bangga dengan salah seorang dari kamu di sini. Prestasinya sangat membanggakan saya. Walaupun ini hanya permulaan, dia mampu buat dengan baik. Boleh dikatakan setiap subjek markahnya sembilan puluh  ke atas. Saya mahu pelajar yang lain, jangan malu untuk berkongsi dengannya tentang tip-tip yang dia amalkan. Pelajar yang saya maksudkan ialah Lily Dayana.” Sebaik Cikgu Wahid habis mengatakannya, semua mata terarah pada Dayana.

‘Erk, biar betul Cikgu Wahid ni. Takkanlah aku sehebat tu. Malunya aku, semua orang tengah pandang aku.’ Keluh Dayana kemudian menundukan wajah.

“Tahniah Yana. Kalau macam ni, bolehlah kau ajar aku. Seronoknya dapat kawan yang pandai macam kau ni.” Riang nada suara Rathi. Tidak tahu pula dia Dayana budak pandai. Bila ditanya tentang keputusan PMR yang lalu, jawab Dayana ‘okey je’.

“Rathi, puji sikit-sikit dahlah. Karang koyak pula kain aku ni.” Bisik Dayana. 

Rathi menyegih. Kalau dia yang dapat pujian seperti itu mahu tinggi bak bangunan sekolah yang tiga tingkat ini lompatannya. Habis satu sekolah nanti akan dicanangnya. Namun, bukan dirinya dan itulah Dayana, gadis yang sering merendah diri malahan agak tegas dalam menegakan pendiriannya.

“Baiklah semua, hari ini saya tak nak mengajar. Saya bagi peluang kepada anda semua merehatkan minda. Apa kata kita main satu permainan? Sesiapa yang saya pilih, sila tampil ke hadapan dan lakukan apa yang saya suruh. Senang sahaja permainan ini. Kamu hanya perlu membuat mimik muka mengikut situasi yang akan saya berikan nanti.” Wahid mempamerkan senyuman. Tiba-tiba mendapat satu akal pula. Dia mahu Dayana menyertainya. Teringin dia mahu melihat gadis itu mempamerkan senyumannya yang begitu mahal sekali untuk diukir. Rancangannya bakal terlaksana. Riuh satu kelas dengan suara sorakan dari para pelajarnya. 

‘Apa kena mengena semua ni dengan subjek yang Cikgu Wahid ajar?’ omel Dayana yang tidak begitu menunjukan minat. Dayana menghela nafasnya.

“Sekarang, Lily Hasliana pula. Mari ke depan.” Laju langkah Liana ke arahya.

“Baiklah, sekarang cikgu mahu kamu membuat mimik muka menangis.” Arah Wahid kepada Liana sebaik gadis itu berdiri di sebelahnya. 

Apa lagi, menangislah Liana. Disuruh pula membuat mimik muka sedih, gembira. Liana hanya menuruti sahaja. Dayana hanya menyoroti pandangannya ke arah Liana. 

‘Boleh tahan juga kakak aku ni,’ desisnya yang hampir tertawa.

“Okey, pelajar terakhir yang saya nak panggil adalah, kamu Lily Dayana. Mari.” Hampir terkeluar mata Dayana yang terbeliak dek kerana terkejut. 

‘Alahai, kenapalah cikgu pilih aku main permaianan yang tak ada faedah ni. Bukannya aku nak jadi pelakon pun.’ Rungut Dayana. Semua mata memandang ke arahnya. 

‘Hesy, malunya.’ Desisnya pula. Dengan langkah yang longlai, dia ke hadapan juga. Dayana mengambil tempat di sebelah Cikgu Wahid yang sedang tersenyum memandangnya. Nasib baiklah itu cikgu, kalau bukan, tak ada apa pun yang akan dibuat kalau ia nya orang lain sekalipun. Hehehe… saja nak bagi suspen sikit.

“Baiklah Dayana, sekarang saya nak awak lakonkan satu watak. Watak di mana  situasinya adalah seorang gadis yang sedang gembira kerana jejaka yang diminatinya dalam diam meluahkan isi hati kepadanya.” Wahid menyembunyikan senyuman nakalnya. Pantas gadis itu menoleh, memandang mukanya dengan dahi yang berkerut. Wahid tahu apa yang sedang bermain di fikiran pelajarnya itu. Sudah pastilah rasa terkejut.

‘Hah biar betul Cikgu Wahid ni. Macam tahu-tahu je aku ni pernah berlakon teater masa di sekolah rendah dahulu. Apa pasal tadi diorang kena buat mimik muka sedangkan aku pula kena berlakon? Ini tidak adil!’ rungutnya. 

Nampak seperti dia jenis yang agak pendiam tetapi Dayana ada bakat dalam bidang lakonan. Walaupun bukanlah watak yang hebat untuk dia pegang namun menurut Cikgu Zaiton pernah memuji lakonan mantapnya sebagai pembantu Puteri Gunung Ledang. Tapi itu semua kenangan semasa dia di darjah enam, hehehe. Dayana menarik nafas, cuba mengambil mood.  Ewah kau Dayana.

‘Ingat aku tak pandai berlakon ke? Aku akan buktikan! Ye ye o je kau ni Yana.’ Kata suara hatinya.

            “Baik, tapi saya ada satu permintaan cikgu. Saya perlukan seorang pembantu di sini. Jadi, ada tak sesiapa yang berani dalam kelas ni?” Amboi sedikit berlagak nadanya itu. Dayana mahu mempamer senyum sinis namun ditarik kembali. 

‘Eh, biar betul mamat perasan macho tu?’ desisnya. Siapa lagi kalau bukan Ammar. Selamba sahaja dia bangun lalu menuju ke arah Dayana yang sedang bulat mata memandangnya. 

‘Alamak, habislah aku macam ni! Itulah, padan dengan muka aku pun.’ Dayana hampir gelabah. Kerana mulut yang lancang mencabar orang, itulah padahnya. 

‘Kenapa dalam ramai-ramai mesti dia. Rathi pun satu, kenapa tak kau yang bangun tadi? Ei, menyusahkan diri betullah mulut aku ni.’ Bebel Dayana sendirian.

            “Baiklah Yana, sila mulakan. Pembantu yang awak mahu dah ada jadi jangan buang masa lagi. Waktu kelas saya nak habis dah ni.” Tegur Wahid setelah melihat gadis itu agak lama mendiamkan diri. Bukan dia tidak nampak muka ketat pelajarnya itu. Tawanya tersembunyi kemas di dalam hati. 

‘Ish Cikgu Wahid ni. Aku dahlah rasa macam nak pitam. Tak apa Yana, buat macam biasa. Bertenang beb.’ Pujuk Dayana. Dia menarik nafas, mengajak hatinya supaya bertenang.

            “Lily Dayana. Sebenarnya saya dah lama memendam perasaan pada awak. Sejak kali pertama kita bertemu, saya dah jatuh hati pada awak. Cinta pandang pertama yang sukar untuk saya percayai akhirnya memakan diri sendiri. Saya benar-benar sukakan awak yang penuh dengan kemisterian. Saya sukakan perwatakan awak yang lembut tetapi tegas.” Luah Ammar. Itulah isi hatinya yang ingin dia luahkan selama ini.

‘Aduh, spesis Fahim lagi, romatik bagai. Sesak nafas aku sekarang. Nampaknya aku perlukan bantuan oksigen. Kenapa macam serius semacam je mamat ni? Ke aku yang perasan?’ gumam Dayana. Terkedu seketika jadinya dia.

“Dayana...” panggilnya apabila melihat seperti gadis itu sedang mengelamun.

“Hah! Oh.. maaf Ammar,” kemudian Dayana menyambung,

            “Apalah yang misterinya tentang saya ni. Bukan si pontianak yang dipaku di leher untuk menjadi manusia.” Gamat satu gelas dengan gelak tawa dari rakan-rakan sekelasnya. Lucu dengan kenyataan dari Dayana. 

Ammar dengan pantas memalingkan wajah ke arah Dayana yang hanya mempamerkan muka ‘bekunya’ itu.

‘Amboi, jawapan dia. Boleh sampai ke situ pemikirannya,’ getus Ammar. 

Dayana menyambung kembali dialognya.

“Saya hanyalah insan biasa Ammar. Banyak kekurangan dan kelemahan. Maaf kalau saya sedikit kekok. Belum pernah ada jejaka yang tampil meluahkan isi hati kepada saya yang serba kekurangan ni. Terima kasih Ammar kerana mencipta suatu kenangan manis untuk saya. Terasa seperti menolak tuah pula andai saya mengatakan tidak. Kalau ini istilah cinta pandang pertama bagi awak, saya tak mahu jadikan ia pandangan yang terakhir.” Dayana kemudiannya menyimpulkan senyuman manisnya. 

Riuh satu kelas bersorak kepada mereka berdua. Wahid hanya merenung gadis yang sedang menyimpul senyum itu. Terleka seketika dia menatap wajah Dayana begitu juga dengan Ammar. Betapa indahnya senyuman yang terbit dari bibir mugil Dayana. Ternampak oleh mereka lesung pipit di pipi kiri gadis itu. Hanya di pipi kiri! Wahid merasakan rancangannya berjaya. Mahu saja dia menyuruh gadis itu selalu melemparkan senyuman selalu tetapi mustahil pula. Tidak pasal-pasal orang akan kata Dayana sewel pula nanti. Patutlah payah Dayana mahu menguntum senyum, tersangatlah mahal senyumannya itu.

            “Awak ikhlas ke menerima saya Yana? Amaran saya, sekali saya lafazkan maksud hati saya ini pada seseorang yang saya ingini, saya takkan berpatah balik. Saya akan terus mendambakan kasih darinya.” Balas Ammar lagi sambil itu rakan-rakan yang lain bersorak lagi. Semakin gamat kelas mereka jadinya. 

‘Hai, parah ni. Macam betul-betul pula mamat macho ni.’ Gumamnya.

            “Eh chup chup! Cikgu, dah melalut pula kami ni. Sampai sini ajelah ya.” Ujar Dayana. Bulu romanya sudah mulai meremang. Datang sudah penyakit alahannya, alah terhadap cinta. Perasan! 

“Alah cikgu, kami nak lagi..” celah Ali berserta sorakan dari yang lain. Mana cukup babak cinta yang menjadi hidangan mereka hari ini.

“Macam mana cikgu?” soal Ammar. Dayana sudah menjulingkan matanya ke atas. 

         “Cukuplah untuk hari ni. Awak berdua boleh balik ke tempat.” Arah Wahid. Kedengaran bunyi keluhan kehampaan dari pelajar yang lain.

            “Baiklah, terima kasih pada semua yang mengambil bahagian. Saya harap awak semua bergembira dengan apa yang kita lakukan hari ini. Kita akan mula bercuti selama seminggu mulai minggu depan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekolah kita akan mengadakan jamuan hari raya dua minggu selepas seklah dibuka. Jadi, para pelajar tingkatan empat diminta untuk membuat persembahan sebuah sketsa drama. Saya nak kamu berbincang dengan kelas sebelah. Para pelakonnya nanti, kamu pilihlah sendiri.” Terang Wahid. Dia terus sahaja melangkah keluar dari kelas itu dengan senyuman yang kian dilebarkan.

‘Oh, patutlah beria-ia Cikgu Wahid suruh kami berlakon tadi. Rupa-rupanya nak mencari bakat lakonan yang ada. Sabar ajelah aku.’ Desus hati Dayana.



No comments: