Google+ Followers

Wednesday, 28 August 2013

Bab 27


BAB 27

            Hidup Dayana diduga lagi. Hari pertama berlangsungnya peperiksaan SPM, dia diserang demam panas. Berbekalkan semangat yang kuat, digagahkan juga dirinya untuk menduduki juga peperiksaan yang akan menjadi penentu masa depannya.

        “Kau boleh ke dik? Panas badan kau ni.” Ujar Liana yang risau dengan keadaan kesihatan kembarnya. Dia menyentuh dahi Dayana. Panas!

            “Alah, demam sikit je ni. Aku dah makan ubat kak, nanti baiklah demam aku ni. Kau jangan risaulah. Jom...” balas Dayana. Sebolehnya dia tidak mahu merisaukan Liana.

            “Betul ni?” tanya Liana kembali.

          “Betul kak. Jomlah, nanti lambat pula masuk dewan.” Dayana menarik tangan Liana. Kini mereka sudah berada di tempat masing-masing. Liana duduk di hadapan Dayana.

            “Hai Yana!” tegur Rathi.

            “Oh.. aku okey!” latah Dayana dengan kuat. Satu dewan sedang gamat menggelakannya. 

        “Kau ni Rathi...” gumam Dayana. Kecil matanya memandang Rathi yang sedang tertawa sambil tangannya menutup mulut.

            “Maaf Yana. Kejap, aku nak tanya kau... apa yang okey?” soal Rathi selepas tawanya berhenti.

            “Dia demam Rathi.” Sampuk Liana.

         “Hah! Kau demam? Lah kesiannya. Kau dah makan ubat ke Yana? Ish, macam mana kau boleh demam ni. Semalam elok je aku tengok kau.” Selamba sahaja ayat yang keluar dari mulut Rathi itu.

            “Hello. Kehadapan saudari Rathi yang cantik lagi manis, kau ingat demam aku ni boleh cakap kat aku, ‘Yana, esok kau akan demam’. Macam tu ke? Apalah kau ni Rathi.” Balas Dayana.

            “Hehehe... betul juga tu Yana.” Rathi tersengih.

            “Dahlah Rathi, aku ni tengah sakit kepala. Lebih baik kau pergi duduk kat tempat kau sebelum disekeh.” Memang pun kepala Dayana sedang berdenyut-denyut sekarang.

            “Yalah, yalah. Jawab periksa tu, elok-elok Yana. Tak pasal-pasal nanti kami akan potong keputusan kau.” Sempat lagi Rathi berseloroh dengan Dayana yang sudah mencerlung mata memandangnya. Lekas-lekas dia kembali ke tempat duduknya yang selang satu baris dari kiri Dayana.

            “Awak dah makan ubat ke Yana?” soal Ammar yang kebetulan tempat duduknya diantara Rathi dan Dayana.

            “Dah.” Jawabnya ringkas.

            “Jangan lupa Yana, apa-apa hal saya kat sebelah awak. Cakap je kalau tak sihat sangat ya.” pesan Ammar. Bimbang dia dengan keadaan Dayana. Agak lesu dia melihat gadis itu. Kagum seketika dia dengan ketabahan hati gadis bernama Lily Dayana.

            “Hmm...” balas Dayana. Dia kembali melentokan kepalanya yang terasa berat di atas meja. 

            Ammar hanya mampu memerhatikan gadis yang berjaya mencuri hatinya. Kalaulah Dayana miliknya, pasti kepala itu sudah dipicit dan dibelainya. Ammar memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam. Dayana sakit, hatinya juga sakit melihat kelesuan gadis itu. Jika boleh dipindahkan, biar dia sahaja yang merasai kesakitan itu. Pandangan Ammar terhala ke arah Salina yang berada tidak jauh dari mereka. Tetapi dia hanya membuat tidak tahu sahaja akan maksud pandangan Salina yang tajam itu. 

            Bukan dia tidak tahu bagaimana Salina ‘menyerang’ Dayana satu ketika dulu. Itupun Rathi yang menceritakan semuanya. Puas Salina kena leter dengannya. Hal antara dia dan Salina telah lama berlalu. Mengapa perlu gadis itu mengungkitnya lagi? Dia akui, hatinya tertarik dengan Salina dahulu hanya kerana kecantikan gadis itu. Ternyata kecantikan Salina tidak seiring dengan dalamannya. Berbeza dengan Dayana. Sebab itulah ada kata-kata ‘biar rupa buruk tapi jangan perangai buruk’. Ada betul juga kata-kata itu. Tidaklah dia mahu mengatakan Dayana itu buruk. Gadis yang mempunyai perwatakan menarik setanding akhlaknya. Itu yang dia mahukan.



Yana, memandangkan kita dah habis periksa ni apa kata kita buat jamuan perpisahan. Ramai kawan-kawan kita dah setju tau. Ada satu permintaan untuk kau Yana.” Ujar Rathi. Dayana menoleh.

“Apa dia?” soalnya. Rathi tersengih. Memang itu sahajalah kebolehannya, sengih.

“Ada orang minta kau buatkan karipap pusing? Macam mana?” soal Rathi. 

“Hah!” tenganga mulut Dayana. Musykil pula dia. Siapa pula yang memandai membuat permintaan macam itu? Siapa lagi yang tahu dia memang pakar buat kuih itu? Di dalam hatinya kuat mengatakan, ‘ini mesti kerja Liana’. Sudah lama Dayana meninggalkan bidang membuat kuih tersebut. Seingatnya, kali terakhir adalah sehari sebelum emak meninggal. Rasa sebak yang mula hinggap, ditepisnya. 

“Macam mana Yana? Setuju tak?” tanya Rathi lagi. 

Lambat-lambat Yana menjawab.

            “Aku tak kisah Rathi. Tapi kat mana aku nak uli karipap aku tu? Kau ada cadangan tak?” soalnya kembali. Yalah, dia mana ada rumah. Takkanlah nak uli di asrama pula.

            “Ya tak ya juga kan. Kejap, aku fikir.” Serius nakmpaknya cara Rathi berfikir. Dia memeluk tubuh sedang tangan kanannya diletak di dagu. Jari telunjuknya diketuk-ketuk di pipi kiri. Kedua anak matanya pula sedang memandang ke atas. Dayana tersengih memandang gelagat Rathi. Digelengkan kepalanya. 

‘Macam-macam’ katanya di dalam hati.

            Hah! Aku tahu kat mana kau boleh buat Yana.”  Dayana pun apa lagi,

            Opocot kau Fahim!” laju saja tangannya menampar bahu Rathi. 

            Eh, nama siapa yang kau sebut tadi Yana? Fahim? Wow siapa tu? Kekasih lama kau ek?” soal Rathi bertulau-talu, ingin tahu. 

Dayana membeliakan matanya. Kan, dah jadi masalah besar sekarang. Apa yang akan dia jawab pada Rathi? Habislah dia kali ini.

            Kot ya pun Rathi, perlahanlah sikit suara kau tu. Nak bagi satu sekolah dengar ke?” balas Dayana. Sudahlah dengan kuat Rathi menyebut nama Fahim tadi. Ammar pula sudah mula memandangnya semacam sahaja. Dayana menundukkan wajah. Dia sebenarnya agak bengang dengan tindakan Rathi tadi. Nak dimarahi Rathi pun macam tidak patut pula, dia juga yang bersalah kerana terlepas cakap.

            Upss, maaf Yana. Aku tak sengajalah. Mahu aku tak terkejut. Tak pernah kau sebut nama lelaki lain sepanjang aku kenal kau. Takkanlah tak nak cerita kat aku kot?” Rathi mencuba nasib lagi. Teruja juga dia untuk mengetahui kisah sahabatnya itu.

Hesy, tak malu betullah kau ni. Sibuk je. Dah, jangan nak mengada. Tak ada maknanya, cerita dah lama. Eh cepatlah, kau dapat fikir tak kat mana aku nak buat kuih karipap aku tu? Kat rumah siapa?” dalih Dayana. Sengaja dia mengubah topik, tidak mahu Rathi terus mengasaknya dengan soalan mengenai Fahim. 

‘Itulah, siapa suruh kau berangan? Hah, bila dah jadi macam ni, kan ke penat nak menjawab.’ Bebel suara hatinya.

            “Tak boleh ke kau tanya mak angkat kau tu? Minta izin, buat kat rumah dia.  Macam mana? Setuju tak dengan cadangan aku ni?” cadang Rathi pula. 

            “Lah, kenapa aku tak teringat kat mak angkat aku tu. Okey, cadangan diterima. Tak ada hal lah dengan mak angkat aku tu. Nanti, siapa yang nak ambil karipap tu? Aku bukan ada kenderaan nak bawa,” soal Dayana kembali. Tak nak dia nanti bawak bekas besar sambil jalan kaki.

            “Yang itu, serahkan pada saya. Awak jangan risau, takkanlah saya nak biar awak angkut sendiri. Saya akan jemput awak, lusa. Pukul sepuluh pagi ya.” Sempat dia mengenyitkan mata pada Dayana. 

Dayana terpana seketika. Boleh luruh jantungnya kalau selalu macam itu. 

            “Okey, saya tunggu awak. Jangan lupa.” Pesannya. Apa salahnya kalau Ammar ingin membantu. Bukankah mereka berkawan? Dayana mengukir senyuman yang manis kepada Ammar hingga terpegun seketika dia. Sungguh, hati Ammar kini benar-benar sudah tertawan.

            “Saya tak akan lupa kalau untuk ‘sayang’ saya ni.” Sengaja ditekankan perkataan sayang itu. Dia dapat melihat air muka gadis itu berubah sedikit dan Rathi hanya menyimpul senyum sahaja.




Dayana masih menanti Ammar di muka pintu rumah kak ngah. Tukang masak di asrama yang dihuninya kini telah menjadi emak angkatnya. Walaupun bergelar emak angkat, dia lebih selesa memanggil wanita itu sebagai kak ngah.

            “Amboi, cantiknya anak aku ni.” Puji Kamariah.

            “Mana ada kak ngah.” Balas Dayana malu-malu. Kurang gemar dia jika dipuji.

           “Lah, tak betul lagi aku cakap. Bertuahlah siapa yang dapat kau Yana? Pandai serba-serbi. Kak ngah kalau ada anak lelaki yang dah besar, dah lama aku amik kau jadi menantu aku tau.” Seloroh Kamariah lagi. 

            “Merepeklah kak ngah ni. Orang nak pergi siap.” Dayana melangkah pergi. Kalau lagi lama di situ, entah apa yang direpekkan oleh kak ngah nanti.

“Tak ada apa yang tertinggal ke Yana? Kau nak pergi dengan siapa tu? Nak kak ngah hantarkan ke?” tanya Kamariah. 

            “Tak apalah kak ngah, kawan Yana datang ambil nanti. Kenapa dari semalam tak cakap kak ngah boleh hantarkan.” Balas Dayana. Kalau dari awal diberitahu, tak perlulah dia menumpang Ammar. 

            “Dah kau tak tanya,” bidas Kamariah kembali. 

            “Ya tak ya juga. Payah juga kak ngah. Yana tak tahu nombor telefon kawan Yana tu. Tak apalah, Yana tunggu dia jelah. Kesian pula, dah janji dengan dia tu.” Ujar Dayana.

            “Yalah. Kak ngah nak ke dalam sekejap.” Susuk tubuh Kamariah hilang dari pandangan Dayana. 

Sunyi suasana rumah kak ngah. Anak-anaknya yang seramai tiga orang sedang berada di kampung sebelah suaminya sekarang. Kalau tidak, riuh endah rumah kak ngah dengan bermacam-macam ragam anak-anak wanita itu.

“Lambatnya. Dah dekat sepuluh minit aku tunggu Ammar.” rungut Dayana. 

Dia mengambil bekas besar yang berisi kuih karipap lalu meletakannya di atas meja yang ada di beranda rumah emak angkatnya itu. Dayana lekas-lekas memalingkan wajah sebaik terdengar bunyi horn kereta dari laman rumah. Dia melihat Ammar menyimpul senyum sebaik sahaja keluar dari kereta itu. 

“Hah, dah sampai pun.” Ujar Dayana lalu membalas senyuman Ammar.

Ammar terpana seketika. Kecantikan Dayana kian terserlah dari hari ke hari. Ammar juga perasan, kuilt gadis itu semakin cerah sekarang. Ini bukan cerita dongeng, tapi itulah hakikatnya. Hari ini, Dayana mengenakan blouse berwarna merah yang digayakan dengan skirt labuh berwarna hitam. Jantung Ammar bergetar dengan hebat. Dayana yang ada di depan matanya sekarang benar-benar kelihatan berlainan. 

            Ehem! Amboi jauhnya menung awak tu. Silap-silap boleh tembus tak dinding rumah mak angkat saya ni? Sudah-sudahlah tu, kita dah lewat cik abang oi. Marah pula kawan-kawan yang lain nanti. Mari,” ujar Dayana setelah melihat Ammar hanya diam terkaku sahaja. Entah kenapa Ammar begitu?

Ammar terkejut! Kuss semangat. Nasib baiklah gadis kesayangan kalau orang lain sudah lama kena cepuk dengannya.

“Salah ke kalau menung saya tu kerana awak Cik Dayana sayang. Nasib baik saya ni bukan kaki latah macam awak tau. Kalau tak, apalah agaknya yang akan keluar dari mulut saya ni,” balas Ammar, tidak mahu mengaku kalah.

“Kalaulah awak ni betul-betul melatah, apa agaknya perkataan yang akan terkeluar dari mulut awak ya? Nak tahu juga ni?” Sengaja Dayana menguji jejaka itu. Dia membetulkan sedikit kaca matanya yang melorot itu. 

“Mungkin ayat ini kot, opocot… I LOVE YOU Dayana. Okey tak?” Melopong Ammar melihat mulut Dayana dengan jawapannya.

‘Biar betul mamat ni? Padan muka aku. Mulut aku ni yang gatal sangat nak menanya. Amik kau,’ gerutunya.

“Macam mana Yana. Okey tak?” soal Ammar. Dayana tersentak.

           Hah. Dahlah Ammar, jangan nak mengada-ngada. Malas nak layan awak.” Terus sahaja Dayana masuk ke dalam kereta. Kini elok sahaja tubuhnya terhenyak di atas kerusi kereta Ammar. Dayana baru tersedar.

‘Tak malu, dia tak pelawa kau masuk kereta dia lagilah Dayana oi,’ bisik hati kecilnya. Dia kemudian tersengih, memandang wajah Ammar sedang dalam hati menahan rasa malu.

            “Maaf Ammar, saya duduk dalam kereta awak ni tanpa izin.” Katanya.

“Tak perlu keizinan saya Yana. Saya akan pastikan, tempat duduk sebelah saya ni hanya untuk awak sorang je sampai bila-bila. Awak masih tak jawab soalan saya tadi, macam mana kalau ayat itu yang keluar dari mulut saya?” Ammar mahukan kepastian. 

Dayana hampir tercekik air liurnya sendiri. Tidak pernah pula Ammar berkelakuan begitu. Kenapa semacam punya romantik pula Ammar hari ini? Penyakit alergik Dayana kembali menyerang. Bulu romanya sudah meremang.

“Yana, saya tanya awak ni,” gesanya lagi.

            No comment.” Jawab Dayana. Dia mahu berdalih. Debaran halus sudah mulai terasa sekarang. 

Terus sahaja Ammar mendaratkan duduk di kerusi pemandu. Ammar masih kurang berpuas hati dengan jawapan dari Dayana. Tak apa, masih banyak masa untuk semua itu. Yang pasti Dayana hanya untuknya. Jangan harap lelaki lain dapat mendekati Dayana lebih-lebih lagi jejaka yang berada di JB tu. Bukan Ammar tidak tahu cerita tentang Dayana dan jejaka bernama Fahim tu. Api cemburunya meruap-ruap sekarang. 

Lantas dia mengambil sebiji kuih karipap dari dalam bekas yang dipegang oleh Dayana dan memasukkannya ke mulut. SEDAP!
           

Post a Comment