Wednesday 22 May 2013

Bab 9



BAB 9

Adik, ko buat karipap pusing dalam dua ratus biji ya. Mak ingat petang ni, nak sedekah kat surau hujung kampung tu. Kebetulan, orang kampung ni pakat-pakat kongsi nak buat kenduri arwah kat surau tu. Kita pun dah nak balik JB minggu depan.” Pinta Zakiah pada anak gadisnya yang sedang menyapu sampah itu. 

“Ha ah, dah lama kita tak buat kenduri arwah abah, kan mak. Bagus juga bila ada peluang macam ni.” Ujar Dayana. Terhenti seketika acara sapuannya dan kini matanya menatap emak yang sedang duduk di kerusi.

“Tulah pasal. Semalam Pakcik Buang datang beritahu pasal majlis tu. Sebab tu mak setuju nak tumpang sama. Ni, duit nak beli barang.” Kata Zakiah dengan beberapa keping not berwarna merah di genggamnya.

“Kejap lagi adik pergi beli. Mak letak duit atas meja tu, karang adik ambil.” Balasnya. Dayana menyambung kembali tugasnya sambil mata menyoroti tubuh emak yang sedang berlalu meninggalkannya. Mana mungkin mereka mampu mengadakan kenduri selama ini. Kekangan kewangan sering sahaja membantutkan niat mereka. Masa tersangatlah pantas berlalu hingga enggan memperlahankan detiknya. Menjeling pun enggan sang masa itu. Sudah hampir sebulan mereka di kampung. Langsung tidak menyedari betapa cepatnya masa menghambat mereka.

“Ini cucu Nab ke?” soalan yang biasa akan ditanyakan oleh Ah Chew apabila setiap kali dia melihat Dayana dan juga Liana.

“Ya,” jawab Dayana ringkas sambil melingas matanya ke sana sini mencari apa yang mahu dibeli.

“Atuk ko sihat?” tanyanya lagi.

“Sihat uncle.” Balas Dayana.

“Baguslah kalau macam tu. Dekat sebulan uncle tak jenguk atuk ko tu.” ujar Ah Chew. 

“Oh,” jawab Dayana ringkas. Masih tercari-cari dia dua barang yang mahu dibelinya. Terlebih ramah pula Ah Chew hari ini. Apa yang dia tahu, Ah Chew baik dengan atuknya. Setiap tahun, lelaki itu tidak pernah lupa memberi atuknya sedikit buah tangan apabila menjelangnya hari raya.

“Terima kasih ya dik. Nah, yang ni bagi kat atuk ko ya.” Dia menghulurkan satu plastik yang berisi sedikit barang keperluan dapur kepada Dayana.

“Terima kasih uncle. Jumpa lagi,” ujar Dayana, menyambutnya. Dia melangkah keluar dari kedai itu setelah selesai membeli segala yang dia perlukan. 

Dayana mula menghayun langkah untuk pulang. Kiri kanan, beg plastik dijinjitnya. Langkah diatur dengan kemas di bahu jalan raya yang lengang itu. Seboleh-boleh dia cuba mengelak semak samun yang kadangkala agak meninggi daun-daunnya itu. Bimbang jika bersembunyi haiwan berbisa dicelahannya. Sedang Dayana asyik berlenggang-lenggok, tiba-tiba kedengaran bunyi horn kereta yang agak kuat. Oleh kerana rasa terkejut yang amat sangat, lantas dia melompat sedikit ke semak yang tadinya digeruni. 

‘Siapalah yang horn ni? Macam nak gugur jantung aku. Aku ada silap jalan ke? Memang cari nahas betullah kereta ni... eh silap, pemandunya. Kalau kereta tu boleh horn sendiri, aku yang lari dulu. Seram,’ masih sempat Dayana berseloroh. Dia menoleh ke arah kereta tersebut. Kelihatan sesusuk tubuh keluar dari kereta itu sambil tersengih padanya. Dayana mencebik mulutnya sambil mata dijulingkan ke atas sebaik mengenali siapa dia.

“Amboi, siap melompat lagi kau dik. Bilalah kau nak berubah? Asyik dengan perangai kalut kau tu. Terkejut sikit, kau dah gelabah.” Kata suara itu sambil menayangkan senyuman menggoda. 

‘Sedapnya mulut dia ni kalau bercakap.’ desis hati Dayana. Kecil sahaja dia melihat lelaki itu. 

“Apalah Abang Iman ni! Siapa yang tak terkejut kalau dah bunyi horn tu mengalahkan horn lori. Boleh luruh jantung adik ni, tau tak?!” terkeluar hamburan yang masih terkawal nadanya. 

“Nasib baik adik tak ada sakit jantung tau. Kalau tak, dah lama masuk hospital. Silap haribulan, boleh ‘jalan’ terus. Nanti masuk suratkhabar... ‘seorang gadis mati kerana terkejut dengan bunyi horn kereta’. Boleh macam tu?” sambungnya lagi. Jejaka itu ketawa.

“Merepeklah kau dik. Pagi-pagi dah buat abang ketawa. Dah jom, balik sekali. Dapat tau je korang balik, tu yang abang pecut ke mari. Lama tak jumpa korang. Rindu tau, tambah-tambah dekat sayang abang ni.” Kata Iman. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada sepupunya itu. Terubat sedikit rindunya terhadap gadis berkulit hitam manis itu.

‘Rindulah sangat. Yalah tu. Gatal.’ Monolog Dayana. 

“Mata Abang Iman tu dah kenapa? Masuk habuk ke? Terkenyit-kenyit dari tadi.” ujar Dayana. Menyampah pula dia rasakan saat itu. 

Iman hanya tergelak besar sahaja dengan ayat berbaur sindiran dari gadis itu. Biarlah, asalkan Dayana mahu berbicara dengannya, sudah memadai.

“Lah ko ke Iman? Mak ngah ingatkan siapalah tadi. Mak dengan abah ko sihat ke? Apa pasal diorang tak datang sama?” soal Zakiah bertalu-talu. Iman hanya tersengih.

‘Amboi banyaknya soalan emak aku ni.’ bisik hati kecil Dayana. 

“Abah keje mak ngah. Mak kirim salam kat semua.” Jawab Iman, dia merapati mak ngah dan atuknya, menyalam tangan mereka. 

“Dah makan ke belum? Tu, bawah tudung saji ada nasi lemak. Kejap atuk panggilkan Liana. Liana! Meh sini. Tolong hidang makanan kat Abang Iman ko ni hah. Dari tadi apa ko buat kat atas tu?” laung atuk. 

Kedengaran bunyi lantai papan yang berkeriut dari atas. Terjengul muka Liana di ambang pintu. Pintu yang memisahkan antara dapur dan ruang tengah rumah atuk. Dia tersenyum sebaik melihat jejaka itu yang sedang duduk di sebelah atuk. 

“Dah lama sampai ke Abang Iman?” soal Liana dengan lembut. Demi sahaja mendengar atuk menyebut nama sepupunya itu, bergegas Liana turun tadi.

Ko tunggu apa lagi. Pergi ajak Abang  Iman ko ni makan.” Suruh Zainab lagi.

“Jomlah Abang Iman.” Ajak Liana. Iman mengekori dari belakang. Sebaik terangkatnya tudung saji,

“Wah asam pedas!” kata Iman dengan penuh rasa teruja terhadap lauk asam pedas itu. Dia menggosok-gosok kedua tangannya sebaik ternampak lauk itu.

 “Tu baki lauk semalamlah bang. Ni, nasi lemak pagi tadi ada lagi, abang nak tak?” soal Liana. Nasi lemak yang berbaki dua bungkus di dalam pinggan disuakan kepada sepupunya. Iman menahan pinggan tersebut.

 “Tak apalah kak. Abang nak makan nasi dengan lauk asam pedas ni. Adik yang masak, kan?” soalnya dengan nada teruja sambil menggosok kedua belah tangannya. Dia melihat Liana mengangguk. Mesti sedap. Sudah lama dia tidak merasa masakan Dayana. Tiba-tiba lapar pula perutnya padahal sebelum ke mari dia sudah pun makan.

“Nah air.” Liana menghulurkan segelas air. Berselera sungguh dia melihat abang sepupunya itu menikmanti makanan di dalam pinggannya.

“Kau tak nak makan sama dik?” pelawa Iman sebaik melihat Dayana melintasi meja makan itu. Sempat dia mengenyitkan mata saat bersatunya pandangan mereka tadi.

“Dah kenyang.” Balas Dayana. Satu jelingan yang tajam umpama belati dihadiahkan kepada sepupunya itu. 

‘Rasakan! Agaknya bapak segala habuk dalam mata dia tu tak hilang lagi kot. Menyampah!‘ Gerutu Dayana. Dia memalingkan wajah, malas mahu melayan kerenah merenyam sepupunya itu. Sejak kebelakangan ini dia meresakan seperti sedikit melampau pula usikan sepupunya itu. Rimas dia! Pernah juga beberapa kali gurauan sepupunya itu melibatkan hati dan perasaan. Sebab itulah Dayana merasa agak janggal apabila setiap kali Iman ada. 

Peristiwa sebulan yang lalu, masih segar dalam ingatannya.

“Mak ngah, Iman ingat nak tumpang tidur kat sini barang semalam dua. Iman nak tengok kawan-kawan main kayak kat JB tu. Teringin nak main kayak semula tapi tak boleh pula. Tahu dek abah dengan mak, jenuh Iman tadah telinga ni. Dengar ceramah percuma diorang tu.” ujarnya. Kecederaan di bahunya beberapa bulan lepas akibat kemlangan, membataskannya untuk aktiviti yang dia minati itu. Zakiah menggosok lembut bahu anak muda itu yang sedang duduk di sebelahnya sambil menonton televisyen. 

“Kalau dah tahu nak kena marah, jangan buat. Tinggallah lama mana yang ko nak Iman. Mak ngah tak kisah pun.” Balas Zakiah. Iman sudah seperti anaknya sendiri. Sebab itu dia tidak kisah. 

Liana pula, semakin melebarkan senyuman. Seronok dengan kehadiran abang sepupunya itu. Dayana yang duduk tidak jauh dari situ hanya memicingkan telinga sahaja. Sedikit pun dia tidak mahu menyampuk perbualan dua beranak ‘saudara’ itu. Dia agak segan dengan kehadiran lelaki di dalam rumahnya. Tidak bebas mahu melakukan apa-apa. Batasan tetap perlu dijaga walaupun mereka bersaudara. Malas mahu berlama di situ, Dayana berlalu. Lebih baik dia menyudahkan bacaan buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolahnya. Lagi bagus.

 “Kuss semangat! Adik ingat apalah tadi? Apa ni Abang Iman? Nak bagi orang putus nyawa cepat ke?! Ei, tak senonohlah abang ni.” Bentak Dayana. Bengang dia dengan lelaki itu. 

Terkejut Dayana. Mujur tidak disilatkan sepupunya itu walaupun dia tidak pernah menuntut sebarang ilmu persilatan. Ada juga yang akan didaftarkan masuk ke wad nanti. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja dia terasa hembusan angin yang suam-suam kuku menyentuh telinga kanannya. Apabila dia menoleh, mak ai wajah lelaki itu begitu hampir sekali dengan wajahnya hanya dipisahkan beberapa inci sahaja. Kalau terlajak sikit, mahunya... ah, tidak dapat Dayana bayangkan. Seram juga Dayana pada mulanya hinggakan meremang bulu roma kerana menyangkakan apalah tadi. Manalah tahu kalau-kalau ‘makhluk’ dari alam lain ke? 

 “Opss, maaf dik. Tak sangka pula adik terkejut sampai macam tu.”  Jawab Iman. Mata Dayana sudah kelihatan membesar. 

‘Ya Allah. Mengapa itu jawapan dia? Rasa macam nak hadiahkan penampar je kat muka mamat ni. Ei geramnya aku.’ Marah Dayana tetapi hanya dalam hati. Dia memandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang tidak puas hati. Naik turun nafasnya menahan geram. Bibir bawahnya digigit.

“Amboi, wanginya sayang abang ni. Baru mandi ek?” Kata Iman lagi yang hanya buat tidak tahu akan reaksi Dayana yang memang terang dan nyata marahkannya.

 “Apa ni Abang Iman? Tak boleh ke tak kacau adik? Orang tak sukalah,” Dayana membentak lagi. Memang dia tidak berapa berkenan dengan perangai ulat bulu sepupunya itu. Lain macam sahaja kebelakangan ini. Wayar dalam kepalanya sudah putus barangkali. 

“Lah, betul apa yang abang cakap dik. Abang tengok kau ni makin lawalah sekarang. Nasib baik kau sekolah lagi, dik. Kalau tak, hari ni juga abang suruh mak dengan abah pinang kau.” Ujarnya lagi. Masih buat tidak faham bahasa tubuh Dayana yang sedang kemarahan itu. 

 Mata Dayana dijulingkan ke atas. Jawapannya itu membuatkan Dayana berfikir, makhluk ciptaan Allah S.W.T di hadapan sekarang ini sedang buang tabiat agaknya. Dayana sudah tidak dapat menyabarkan hatinya lagi.

“Agak-agaklah Abang Iman ni! Janganlah sesuka suki je nak perli-perli orang. Mana ada lawa-lawa. Adik tetap Dayang Senandunglah. Kalau ya pun, tu kakak kan ada. Pergilah kat dia. Jangan kacau orang boleh tak?!” balas Dayana dengan nada yang sedikit tinggi. Geram bercampur marah, mujur nada suara masih boleh dikawal. Ada juga yang kena jerkah dengan lantunan suara tahap maksima nanti.

“Dayang Senandung pun kalau lawa macam ni, abang pun nak.” Balas Iman selamba. 

Dayana menjulingkan lagi matanya ke atas. Memang sah, fius dalam kepala mamat itu sudah terbakar. Boleh pula Iman tersengih, sedangkan meter marah Dayana sudah berada di paras maksima sekarang ni. Tunggu hendak meletup sahaja. Lagi kuat bibir bawahnya digigit. Kecil sahaja Dayana melihat makhluk di depannya itu. 

‘Kenapalah dia perlu ada dalam rumah aku sekarang? Ei, tak kuasanya aku nak melayan perangai gatal dia ni.’ Bentak Dayana sendiri. Dia bermonolog lagi kerana tidak mampu menukarnya menjadi sebuah dialog. Itulah dirinya yang sebenar.

“Hai dik, siap nak pass abang kat akak pula. Mana boleh dik perasaan abang ni ditukar ganti. Bukan pakai bateri tau hati abang ni. Bila dah lemah kena tukar. Takkanlah kau tak sudi dengan abang. Lama tau abang simpan perasaan ni. Tak kesian ke kat abang?” luah Iman. Senyap sahaja gadis itu dari tadi. Pasti sedang membebel dalam hati. Teka Iman sendirian. Iman suka melihat wajah Dayana dalam keadaan sekarang. Comel!

‘Ei mamat nilah. Ni yang aku malas nak layan mamat sengal @ jiwang karat. Siap buka falsafah yang entah apa-apa lagi. Tahulah pelajar kursus Elektrikal, siap masuk perkataan bateri bagai. Karang, entah litar apa pula yang dia nak sebut. Huh boleh sakit jiwa aku kalau lama-lama mengadap muka dia ni.’ Rungut Dayana lagi itu pun masih dalam hati.

“Apa-apa ajelah Encik Amzar Shahiman ya. Abang Iman simpanlah hati dan perasaan abang tu pada orang yang sudi. Ramai lagi yang kat luar sana tu beratur untuk Abang Iman. Adik tak layak untuk tu okey. Selamat malam.” Balas Dayana.

Malas mahu menunggu lama, Dayana bingkas bangun masuk ke dalam biliknya. Lagi cepat sepupunya itu pulang, lagi bagus. Barulah dia boleh rasa bebas dan aman makmur di dalam rumahnya ini. Sesak, semak, lemas dan entah apa lagi yang dia rasa, semuanya bercampur baur selagi lelaki itu berada di dalam rumahnya.

Iman hanya melihat sahaja gadis itu melangkah pergi. Sabar, kata hatinya. Apabila tibanya hari itu, Dayana akan menjadi miliknya. Dia tetapkan hatinya, Dayana tercipta untuknya. Kuntuman kasih di hatinya hanya mekar untuk gadis itu. Akan dipetik tangkai hatinya untuk dihulurkan kepada Dayana apabila tibanya waktu itu.



No comments: